Janin berulat, berbau busuk ditemui di Marang

192

MARANG – Janin bayi yang sudah berulat ditemukan disandar pada tiang elektrik berhampiran pokok duku di Kampung Banggol Kapas, Marang pada Jumaat.

Janin itu ditemui seorang suri rumah pada kira-kira jam 3 petang tadi ketika melintasi kawasan tersebut.

Menurut Noor Azura Husim, 34 tahun, ketika melalui kawasan itu dia terhidu bau busuk sebelum menemui objek yang mencurigakan.

Noor Azura yang pelik dengan objek di dalam beg kertas berkenaan, kemudian meminta anak perempuannya memeriksa satu lagi objek yang dibalut dengan kain batik.

“Saya nak pergi kenduri, saya tengok ada beg kertas.. dan ada kain batik. Saya pusing balik dan suruh anak perempuan saya periksa (objek itu) tapi anak saya tak berani.

“Kemudian saya panggil anak saudara (perempuan) saya pula dan minta dia melihatnya, dan anak saudara saya kata kain batik tu ada darah. Kami terkejut,” katanya.

Katanya mereka lebih terkejut apabila terlihat kulit kepala di dalam bungkusan berkenaan.

Noor Azura juga berkata dia menyedari beg kertas itu sejak Rabu lalu namun tidak menyangka mengandungi janin bayi.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya janin berkenaan telah dihantar ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk dibedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here