Malaysia mencatat jumlah pertambahan kes Covid-19 harian kurang daripada 100 buat kali ketiga minggu ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya hari ini berkata, setakat tengah hari tadi, terdapat 54 kes baru yang dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,305 kes.
Status #COVID19Malaysia pada 18 April 2020.
Keseluruhan kes positif adalah sebanyak 5,305 kes, manakala sembuh adalah sebanyak 3,102 kes.
Dua (2) kes kematian baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan sebanyak 88 kes. #StayAtHome #BreaktheChain #KitaMestiMenang pic.twitter.com/tovTaTJy3C
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 18, 2020
Bilangan kes pesakit sembuh dan discaj dari hospital adalah sebanyak 135 kes.
Jumlah keseluruhan kes telah sembuh dan discaj adalah 3,102 kes kadar kesembuhan dari jumlah keseluruhan kes positif.
Terima kasih kepada semua! #StayatHome #BreaktheChain #KitaMestiMenang pic.twitter.com/ghC6QmqpQY
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 18, 2020
Dengan mengambil kira 3,102 kes pulih termasuk 135 hari ini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,115 kes.
Bagaimanapun, dua lagi kematian baru dikaitkan dengan wabak itu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban keseluruhan adalah sebanyak 88.
Berikut merupakan dua kes kematian terbaru:
- Kes kematian ke-87 (kes ke-2657) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis. Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2020 jam 3.20 petang.
- Kes kematian ke-88 (kes ke-5252) merupakan lelaki warganegara Myanmar berumur 36 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Selayang pada 17 April 2020 dan datang pada peringkat yang lewat dengan jangkitan paru- paru Severe Acute Respiratory Infection (SARI). Beliau disahkan meninggal dunia pada hari yang sama pada jam 10.00 pagi
Dalam sidang medianya hari ini, Noor Hisham mengingatkan agar semua pihak tidak salah erti dengan penurunan jumlah kes beberapa hari ini sebagai wabak Covid-19 hampir selesai.
Sebaliknya, beliau menyeru agar semua pihak terus mematuhi PKP.
Leave a Reply