Jangan undi Anwar di PRK Port Dickson – Siti Kassim

0
430

KUALA LUMPUR – Peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali Siti Kasim menggesa agar pengundi Parlimen Port Dickson supaya menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujarnya, parti itu harus diberikan pengajaran kerana Pilihan Raya Kecil (PRK) sudah tiga kali diadakan bagi memberikan laluan kepada Anwar sebelum ini.

“Mereka fikir mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka sehingga menjejaskan kami? Tidak!” katanya di Instagram hari ini.

Pertama kali kerusi dikosongkan untuk Anwar ialah pada tahun 2008 apabila isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya ke Parlimen selepas tempoh hilang kelayakan lima tahun luput.

Anwar sebelum itu hilang kelayakan bertanding selepas disabit kesalahan rasuah dan saah guna kuasa.

Kemudian, pada tahun 2014, Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi untuk membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar (MB) Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun ‘Langkah Kajang’ itu gagal apabila Anwar disabitkan kes meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan dan Wan Azizah menggantikannya namun yang menjadi MB ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam pada itu, Siti Kassim turut mendesak agar Pakatan Harapan (PH) membiarkan pembangkang memenangi pilihan raya kecil itu yang dijangka diadakan pada Oktober depan.

Hari ini, PKR mengumumkan Anwar akan bertanding di Port Dickson bagi membolehkan beliau menyertai Dewan Rakyat tidak lama lagi.

Pengosongan kerusi Parlimen itu dibuat oleh penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli Parlimen Port Dickson berkuatkuasa hari ini. -MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here