Jangan malu jadi suri rumah! Hanya kita tahu apa yang terbaik untuk keluarga

SEBENARNYA sesetengah wanita tidak memilih untuk menjadi suri rumah tetapi terpaksa atas desakan kehidupan masing-masing atau kerana mahu menjaga sendiri anak-anak yang masih kecil.

Sebab itu ramai wanita yang berpendidikan tinggi sekali pun, sanggup berkorban meninggalkan kerjaya profesional mereka.

Skop kerja suri rumah ini tidak perlu dihuraikan satu persatu. Semua sudah maklum. Itu belum termasuk hal ehwal pengurusan anak.

Namun, itulah tanggapan orang luar. Mereka fikir suri rumah boleh banyak berehat.

Orang luar hanya nampak ‘keseronokan’ menjadi suri rumah itu lebih kepada kebebasan melakukan apa sahaja tanpa terikat dengan waktu bekerja pejabat tetapi sebaliknya pengorbanan itu yang lebih utama.

Berikut antara perkongsian dari Puan Nurul Hanisah Ahmad mengenai jangan malu jadi suri rumah.

Pergi menemani suami ke mana-mana, pasti ada makcik-makcik (biasa di masjid) akan bertanya, Ustazah kalau kerja anak sapa jaga, saya tersenyum dan kata saya jaga sendiri, tak kerja.

Macam-macam feedback dapat hehe.

“ohh rugilah tak kerja”

“oh mudahlah, senang gitu, laa ni payah nak cari pengasuh”.

Kadang bila tengok muka makcik yang tanya berubah, saya akan sambung juga,

“Sambil-sambil duk sambung belajar”

“Oh yaa ka..”…muka depa bercahaya kembali tak tipu hehe

Mula-mula tak nafi, ada terdesit di hati, lintas sahajalah tak masuk ke hati sangat, malulah tak kerja, belajar habis degree tapi bila orang tanya macamtu, ehh tak ada usaha ke nak bina kerjaya sendiri.

saya pernah masuk ke alam kerja, itupun chambering ja hampir setahun, tapi saya tak dapat bayangkan kemana anak saya jika saya bekerja ketika itu jika saya sudah ada anak, balik pun maghrib masih di atas bas. Dunia peguam memang sibuk, kawan-kawan saya yang kuat memang saya salute (ramai classmate saya yang dah jadi lawyer dan dah ada keluarga) memang power!

Jadi saya belajar berdamai dengan ketentuan, Allah meletakkan saya ditempat yang paling indah buat saya, di masa depan belum tahu, paling diperlukan keluarga atau masyarakat.

Jadi suri rumah jangan MALU!

Anda suri rumah yang berniaga online, atau anda tidak berniaga pun, jangan MALU, yang penting anda tahu apa yang anda buat.

“Meniagalah,tak adalah melangut ja kat rumah tunggu duit suami”

Tidak, bagi saya berniaga atau tidak, awak lebih tahu situasi awak, jangan rasa bersalah jika awak tak berniaga, boleh jadi awak dah berbincang dengan suami awak, untuk fokus pada anak-anak sahaja untuk beberapa tahun ini, JANGAN MALU dengan keputusan itu.

Jangan Malu, bila balik kampung, adik beradik semua kerja, awak tak kerja jangan malu!sebab banyak kelebihan yang Allah beri pada awak.

Situasi kita semua lain-lain, kita yang tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita.

Suri rumah sekarang semua cantik-cantik, mengalahkan wanita bekerja hehe, tandanya stigma wanita suri rumah kotor, busuk, minda tertutup, semua dah tak boleh guna, bahkan ramai suri rumah sudah lebih produktif, menulis buku,banyak membaca,buat aktiviti homeschool dengan anak-anak,bahkan lebih bahagia.

Berdamailah dengan ketentuan Allah.

Sumber: Nurul Hanisah Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here