Portal berita terbaik anda

Utama

‘Jangan ingat boleh lari daripada SST’ – Guan Eng

BATU PAHAT – Mana-mana syarikat tidak akan dapat melepaskan diri daripada membayar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sekiranya didapati layak berbuat demikian kerana kerajaan mempunyai sistem pangkalan data besar untuk mengesan maklumat mereka.

Menteri Kewangan Lim Guang Eng berkata, sistem itu yang diwarisi menerusi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mendaftarkan sebanyak 472,000 buah syarikat sebelum ini.

“Namun di bawah SST, hanya 100,000 syarikat daripada jumlah itu akan dikenakan cukai dan kita boleh kesan siapa yang cuba lari daripada bayar.

“Pada masa yang sama, kita bukan sahaja bergantung kepada pegawai-pegawai kita untuk siasat syarikat-syarikat ini satu persatu kerana kita juga akan gunakan sistem perkomputeran. Bila naik (wujud) nama (syarikat) dalam sistem, memang susah untuk lepas,” katanya.

Beliau memberi tahu demikian pada sidang media selepas taklimat SST kepada pemain-pemain industri di sini, hari ini.

Turut hadir Penasihat Menteri Kewangan, Datuk Ooi Kok Seng dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penkastaman) Datuk Paddy Abd Halim.

Guan Eng berkata mana-mana syarikat yang belum lagi mendaftarkan diri di bawah SST masih mempunyai masa untuk berbuat demikian kerana kerana kerajaan masih lagi mengamalkan pendekatan ‘lembut’ terhadap mereka.

Namun apabila tamat tempoh ‘berlembut’ ini, kerajaan akan terus mengambil tindakan mengikut undang-undang ditetapkan, katanya.

“Sekarang sangat mudah dan senang iaitu terus masuk ke laman web (Jabatan Kastam) dan daftar. Kalau nak pengecualian (cukai) pun, kita akan bagi automatik tetapi sebelum itu, kita akan semak.

“Seperti yang saya sebut, kita akan lembut mesra dan prihatin dulu. Kita akan beri peluang untuk mereka betulkan. Tetapi selepas itu, kita akan kuatkuasakan undang-undang, mungkin mulai tahun depan.

“Kita tidak boleh berlembut selama-lamanya dan berharap agar semua syarikat tidak mengambil kesempatan,” katanya. – Bernama

Loading...

Leave a Reply