Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Jangan bina mahligai atas tangisan seorang isteri’ – Ustaz Ebit Lew

KISAH penceraian antara Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau PU Abu dengan Ain Afini terus mejadi perhatian ramai, walaupun PU Abu telah tampil membuat permohonan maaf semalam.

Terbaru, menerusi catatan dalam Facebook, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew turut meluahkan rasa pilunya sebaik sahaja terbaca kisah isteri yang sedang sarat mengandung diceraikan kerana suaminya ingin berkahwin lain.

“Hadiah paling mahal ibu bapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga ini semua rumahtangga kita semua. Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak,” tulisnya.

Tidak hanya itu, ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew memberi peringatan bahawa isteri adalah amanah Allah. Segala kekurangan haruslah ditampung bersama-sama untuk mendapat redha Allah.

“Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain,” ujarnya.

Wanita boleh jadi paling lembut dan paling keras…

Ustaz selebriti itu turut mengingatkan setiap suami bahawa para wanita boleh jadi paling lembut dan menyejukkan dan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.

Maka, para suami dinasihati untuk bertenang dan sabar dalam memimpin isteri ke syurga.

Tidak hanya itu, ustaz juga turut memberikan tip untuk mengeratkan hubungan suami isteri iaitu dengan mengamalkan sunnah seperti makan bersuap, solat bersama-sama, dan memberikan masa untuk keluarga.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén