Jambatan laut terpanjang di dunia kini dibuka

0
378

ZHUHAI, CHINA – Jambatan merentasi laut paling panjang di dunia yang menghubungkan Hong Kong dan Macau dengan tanah besar China dilancarkan hari ini, ketika Beijing terus mengukuhkan kuasanya terhadap kedua-dua wilayah separa autonomi tersebut.

Presiden China, Xi Jinping merasmikan upcara pembukaan jambatan tersebut di bandar Zhuhai pagi ini.

Jambatan sepanjang 55 kilometer itu turut dilengkapi dengan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau Lantau di Hong Kong ke Zhuhai dan Macau merentasi Muara Sungai Mutiara.

Satu daripada dua pulau tiruan yang dibina

Binaan itu merupakan projek infrastruktur kedua terbesar yang menghubungkan Hong Kong dengan tanah besar China selepas pelancaran kereta api berkelajuan tinggi pada bulan lalu.

Para pengkritik menyatakan bahawa jambatan yang bernilai jutaan dolar itu merupakan satu daripada cara untuk ‘membawa masuk’ Hong Kong ke dalam China, selain wujud kebimbangan mengenai kebebasan di bandar tersebut semakin terhakis.

Jambatan tersebut mula dibina pada 2009 namun pembinaannya sering tertangguh susulan masalah kos, dakwaan kegiatan rasuah dan kematian sejumlah buruh yang terlibat. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here