Portal berita terbaik anda

Utama

Jamal tanya bila nak tangkap pembunuh Adib?

KUALA LUMPUR – Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mempersoalkan tindakan polis dan Peguam Negara yang belum membuat tangkapan semula ke atas pihak yang terlibat kes Allahyarham Pegawai Bomba Muhammad Adib Mohd Kasim.

Jamal berkata, hal itu menimbulkan persoalan dalam kalangan orang awam yang mempertikaikan ketegasan polis dalam menangani isu mambabitkan kecederaan hingga mengakibatkan kematian lelaki berusia 24 tahun itu.

“Sejak bermula kes rusuhan, ramai kena tangkap seperti PapaGomo kerana kenyataannya tetapi mereka yang terlibat sehingga orang tak bersalah terbunuh tidak dikenakan tindakan sewajarnya.

“Saya bimbang jika hal ini berterusan akan menimbulkan desakan dan tekanan setiap hari, apa nak jadi dengan negara kita? Pihak berkuasa tolong lakukan sesuatu, ambil tindakan yang tegas,” katanya.

Menurutnya, ia juga dikhuatiri menimbulkan tidak yakin umum dengan sistem dan undang-undang dalam Negara malah beliau melihat ada sesuatu tidak kena dalam sistem negara melibatkan institusi polis.

“Saya diburu sehingga ke Indonesia kerana jenayah kecil tapi penjenayah menyerang kakitangan awam yang sedang bertugas, polis dan Peguam Negara belum berbuat apa-apa.

“Hal menteri yang hasut rakyat itu biarkan sebab perdana menteri kata ia di bawah kuasanya. Kalau tanya saya biarkannya di situ kerana ia menguntungkan politik kami,” katanya.

Loading...

Leave a Reply