Jam Rolex RM3.5j antara dirampas di Pavilion Residences

0
1409

KUALA LUMPUR – Seutas jam daripada 433 dipercayai milik keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dirampas dari tiga kondominium mewah di Pavilion Residences, Jalan Raja Chulan dianggarkan berharga RM3.5juta.

Memetik laporan akhbar berbahasa cina tempatan, seutas lagi jam tangan jenama Cecil Purnell berharga RM1.2 juta, manakala jenama lain terdiri daripada Patek Philippe dan Richard Mille.

Berdasarkan penilaian yang dibuat pakar, nilai keseluruhan jam tersebut dianggarkan RM80 juta.

Sejak 30 Mei lalu, proses penilaian barang rampasan dari tiga unit kondominium mewah itu masih dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Difahamkan, proses pengiraan itu memakan masa lama kerana ia memerlukan bantuan pakar barang kemas dan jam tangan mewah bagi mengetahui nilai sebenar barang tersebut.

Akhbar itu turut menyebut penilaian terhadap 37 beg berisi jongkong emas dan barang kemas masih di peringkat akhir.

Pada 25 Mei lalu, rampasan 35 daripada 72 beg, yang berisi wang tunai termasuk 25 mata wang asing, mencecah RM114 juta.

Polis juga merampas 284 kotak beg berjenama mewah dalam serbuan tersebut.

Rampasan itu, dibuat pada 18 dan 20 Mei, berkaitan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here