Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Jalur Gemilang terbalik kesilapan biasa – Aziz Bari

IPOH – Naib Pengerusi DAP negeri, Dr Abdul Aziz Bari beranggapan kebanyakan isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik yang ditularkan dalam media sosial merupakan suatu kesilapan biasa yang tidak seharusnya digambarkan sebagai tidak setia mahupun tidak patriotik.

Menyifatkan perkara tersebut sebagai suatu yang kecil dan agak terpecil, Abdul Aziz berkata, ia juga tidak seharusnya diremehkan dalam konteks kaum dan agama.

“Setahu saya tidak ada kesalahan. Ada undang-undang ke yang mengatakan salah pasang bendera terbalik? Cuma benda ini jangan dimainkan, jangan ‘dipanaskan’.

“Kadang-kadang kalau tersilap, terlepas pandang, jangan kata ini perbuatan tidak patriotik, anti itu dan ini. Saya fikir bendera terbalik ini orang buat lawak jer … apanya nak dikatakan tidak patriotik, apa ni, kita dalam Malaysia Baharu lebih ‘open’ dan terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu berkenaan ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan warga Jabatan Pendidikan negeri Perak di sini hari ini.

Semalam, sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat isu ditularkan dalam laman Facebook berkenaan Jalur Gemilang yang didakwa sengaja dipasang secara terbalik di beberapa premis seluruh negara.

Ditanya mengenai dakwaan NGO yang mengaitkan perbuatan itu seolah-olah merendahkan martabat Yang di-Pertuan Agong, Abd Aziz berkata, perkara itu tiada kaitan sama sekali.

“Jangan terlalu dogmatik sehingga sampai ke peringkat silap pun dianggap sebagai tidak setia, tidak patriotik, ‘over’ sangat.

“Saya ingat polis pun tahu sebab semua laporan itu harus berlandas kepada undang-undang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

4 Comments

  1. Ramlighazali

    Otak dah beku sbb hatinye kaku akhirnye mnjadi batu..lebih baik mnjadi hantu dr mnjadi manusia yg dungu yg mnjadikn politik sepatu dah tak tahu beza tahi dan maruku..

  2. Ramlighazali

    Apa kata lepas ni kau pakai tie tu trbalik pulak? Sttmnt ko ni mcm bdk x sokolah..bodoh dan benghap!

  3. Seri cetalyna Saddam

    Kalau dah hati mati, jiwa pun mati. Eloklah kau dibakar dari kau hidup menyusahkan semua orang. Bendera itu adalah maruah Negara dan Rakyat, Jangan kau cuba lacur kan dengan stement kau yang macam budak bodoh tu..

  4. speed thunder

    bangsat nak bekap pesalahlaku…..

Leave a Reply

Theme by Anders Norén