Portal berita terbaik anda

Utama

Jakim, KPDNHEP disaran haramkan produk bukan Islam guna tulisan jawi

KAJANG – Ketua Prasarana Kempen Beli Produk Muslim, Mohd Nor Izzat Mohd Johari menegaskan mana-mana syarikat pengeluar bukan Islam untuk jangan mempergunakan tulisan Jawi dan imej agama Islam pada produk keluaran mereka.

Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Izzat berkata, pihak kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana syarikat bukan Islam yang berbuat demikian kerana tindakan tersebut adalah menipu pengguna Islam di negara ini.

“Kita mendesak agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menarik balik produk-produk yang menipu dengan mempergunakan imej-imej Islam dan latar budaya Melayu termasuk tulisan jawi,” katanya semasa semasa sidang media selepas membuat laporan polis terhadap Dong Jiao Zong.

Terdahulu, wakil-wakil 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membuat laporan terhadap Dong Jiao Zong yang merancang untuk mengadakan bantahan terhadap perlaksanaan tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan pada 28 Disember ini.

Pada masa yang sama, Cikgu Izzat menyeru kempen BMF (Buy Muslim First) akan diteruskan.

“Saya mendesak pejuang-pejuang BMF untuk kekalkan kempen dan memastikan Dong Zong diharamkan dari muka bumi Malaysia,” tegasnya lagi.

Loading...

Leave a Reply