Jaguh Cub Prix maut ketika berlumba

KOTA TINGGI – Seorang pelumba, Md Hafiz Nor Azman, 22, maut selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan di Bandar Penawar, di sini, hari ini.

Mangsa yang berasal dari Simpang Pulai, Perak berlanggar dengan Ahmad Afif Amran, rakan sepasukannya dari PETRONAS Sprinta Yamaha–CKJ Racing ketika lap terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Md Hafiz yang merupakan anak kepada bekas pelumba handalan pada satu ketika dahulu, Nor Azman Mad Darus menjadi pilihan untuk muncul juara selepas mencatat masa terpantas sesi kelayakan, semalam.

Semoga roh Md Hafiz dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

Detik-detik yang meragut nyawa Md Hafiz Nor Azman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *