Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Iya, saya sudah berpunya’ – Mira Filzah sahkan hati sudah dimiliki

AKTRES dan pengacara, Mira Filzah akhirnya mendedahkan sudah mempunyai teman lelaki dan secara tidak langsung menjawab persoalan mengenai status dirinya.

Program Bual Bicara Santai dikendalikan Ustazah Asma’ Harun secara langsung di Facebook mendedahkan dia dan keluarga sebelah lelaki sudah bertemu antara satu sama lain.

“Iya, Dah berpunya! Bertunang? Kiranya sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga,” jawab Mira.

Pendedahan itu dibuat ketika Mira menjawab soalan Ustazah Asma’ mengenai teman lelaki dan ‘pertunangan’ ketika menjadi tetamu FB Live yang bermula jam 11 pagi semalam.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menjelaskan dalam agama Islam persetujuan antara kedua-dua belah keluarga adalah tanda ikatan pertunangan.

“Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunanglah tu. Dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi.

“Insya-ALLAH, kita doakan ALLAH mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga. Kita sama-sama doakan,” kata Ustazah Asma’.

Terdahulu, Mira dan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.

Loading...

Leave a Reply