Portal berita terbaik anda

Utama

Itu berhala Datuk Gong…

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Berhala berjanggut, berpakaian baju Melayu dan memegang keris, yang diletakkan di Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah di Pelabuhan Klang dikenali sebagai Datuk Gong.

Menurut Facebook Another Chinese Muallaf (Blog), berhala tersebut dipercayai disembah oleh segelintir masyarakat bukan muslim ratusan tahun dahulu.

“Kerana zaman dulu bukan muslim ingin menyembah kepada ‘tuan tanah’ bagi tujuan apa sekali pun selepas berhijrah ke Malaysia atas hubungan perniagaan.

“Makanan yang ‘dihidang’ juga tidak boleh diberikan daging khinzir kerana penganut agama kata Datuk Gong tak ‘makan’,” kata kenyataan tersebut.

Jelasnya, berhala tersebut sengaja diletakkan oleh individu yang mahu memperlekehkan isu agama dan menimbulkan konflik sesama penganut agama dengan meletakkannya di tempat ibadat Islam.

Semalam masyarakat Islam di Taman Pendamar Indah gempar apabila dikejutkan dengan penemuan berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda.

Berhala itu diletakkan individu tidak bertanggungjawab antara 2.30 petang hingga 4.00 petang sebelum disedari oleh siak yang datang untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.

Siak surau itu, Mohd Yatim Omar, 64, berkata, patung itu ditemui olehnya ketika mahu membuka pintu surau berkenaan yang berkunci, pada 4.15 petang.-UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply