Portal berita terbaik anda

Utama

Isu rotan: ‘Kau apasal Ketua Polis Sabah… gila?’ – Papagomo

Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Zaini Jass yang mahu mengambil tindakan ke atas seorang pegawainya di Kunak yang merotan lima remaja lelaki kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.

Menerusi satu posting di Facebook, Papagomo mempersoalkan kewajaran pegawai tersebut dikenakan tindakan hanya kerana mahu menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya PKP dan rakyat perlu akur dengannya.

“Apa kau merepek ni Ketua Polis Sabah? Kau nak ambil tindakan pada seorang pengawai yang menjalankan tugas pada waktu darurat PKP ni? Kau apahal? GILA?

“Kau Ketua Polis Sabah. Kes aku kena serang di airport antarabangsa Kota Kinabalu pun sampai sekarang kau tak bertindak. Ada kau tangkap semua yang bertindak ganas di airport antarabangsa KK tu? Apa kau buat? Dah berapa lama ni? Kau tunggu apa lagi? Saksi awam ada, video CCTV airport ada, video rakaman orang awam pun ada. Mana tangkapan Akjan dan konco-konconya? Kenapa kau tak bertindak?

“Macam mana lah kau boleh jadi Ketua Polis Sabah ni?

“Aku dan ramai lagi sokong tindakan pegawai polis yang beri sedas dua merotan mereka yang ingkar arahan PKP ni. Contoh sebegitu wajar ditunjuk agar masyarakat faham betapa pentingnya untuk akur arahan PKP ni.

“Kau jangan macam macam lah Ketua Polis Sabah!,” tulis Papagomo.

Berikutan itu, posting berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutamanya pengikut Papagomo.

“Tuan saya merayu tindakan TIDAK diambil. Lihat la apa impak akan berlaku di masa hadapan. Maruah polis jatuh. Rakyat tidak hormat pada polis. Beliau hanya jalan amanah yang diberi. Keamanan dan keselamatan beliau utamakan. Rakyat kena faham dia manusia biasa seperti kita juga. Kerja polis tak senang seperti yang kita lihat. Nyawa jadi taruhan,” kata Hasarudin Hasan

“Ini jenis pegawai atasan yang pentingkan diri. Sepatutnya sebagai pegawai atasan, kenalah pertahankan anak buah walau apapun terjadi. Selfish,” kata Haji Khairul Kebal

“Itu yang saya tak faham. Menteri Pertahanan kata fasa ke-2 PKP, tindakan polis keras tapi bila baru pukul gitu aja dah nak ambil tindakan pada anggota sendiri, ini melemahkn semangat pasukan apatah lagi orang berpangkat rendah seperti kami,” kata Ude Raz.

Loading...

1 Comment

  1. Nawawi megat

    Apabila Negara berbagai kaum dan agama di beri hak bersuara berlebih2an maka akan huruharalah negara itu,Pihak kerajaan perlu pertahankan penguatkuasa agar tidak lemah semangat untuk bertindak,NG0 tidak perlu mnjadi penguatkuasa Awam,haramkan pndftarannya yg suka memalu gong,
    Kebebasan mngkritik perlu di tarik balik,kita kena pertahankan PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
    Kehancuran pasti tjadi kerna melayu,india,cina dll hanya baik di mulut menyapa tapi tiada kesetiaan dan kpercayaan sbgai rakyat Malaysia.

Leave a Reply