Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Isu LTTE: Lim Guan Eng beri amaran pada polis

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta pihak polis agar menumpukan usaha melengkapkan siasatan berhubung penahanan dua wakil rakyatnya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA).

Menteri Kewangan itu berkata, tindakan itu dirasakan lebih wajar daripada polis mengeluarkan kenyataan yang dirasakan memberi persepsi yang salah terhadap kenyataan beliau tempoh hari.

Guan Eng berkata demikian susulan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan kenyataan beliau (Ayob) bahawa polis memberi jaminan tiada pemimpin politik DAP yang akan ditahan lagi.

“Saya harap bahawa Ayob juga baca kenyataan saya. Jangan putar belitkan kenyataan seorang pemimpin negara. Dan di sini, saya nak tegaskan bahawa memang kita beri sokongan kepada pihak polis, dan kita harap polis boleh buat siasatan daripada buat komen-komen tidak relevan, khususnya kenyataan yang saya tidak buat.

“Kenyataan saya ialah wakil rakyat. Sekiranya masih ada wakil rakyat yang ditahan itu bermakna saya diberikan pandangan yang tidak betul. Tapi biarlah kita tumpukan kepada siasatan supaya dapat cepat diselesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Semalam, Ayob Khan dilaporkan berkata, beliau tidak pasti dari mana Guan Eng mendapat penerangan bahawa tiada lagi pemimpin politik akan ditahan berhubung dengan aktiviti LTTE di negara ini.

Pada 10 Oktober lepas, seramai tujuh individu – termasuk dua wakil rakyat dari DAP – ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti LTTE.

Selain ADUN Gadek, G Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, dua lagi ahli DAP yang ditahan di bawah akta yang sama ialah Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Melaka serta ketua pegawai eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan Melaka.

11 Comments

  1. John simon

    Wahai pihak polis… Pedulikan siapa yg berpangkat atau tidak. Yg salah tetap salah. Kasi balun sajer.

  2. Azlin bin Abdullah

    jangan tunduk dengan dakwaan mereka ini PDRM…rakyat ada bersama sama PDRM

  3. Mohammad Afandi bin Mat Saman

    Membantah sekeras-kerasnya usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai “pusat” penyebaran propaganda , pendaftaran ahli-ahli dan pengumpulan dana untuk dan bagi pihak LTTE.

    Ketegasan dalam menangkap , membicara dan menghukum aktivis-aktivis atau penyokong kumpulan LTTE ini akan menjadi satu pengajaran atau ‘deterrant’ kepada kumpulan-kumpulan terrorist yang lain di Malaysia.

    • Euznita Yusof

      Saya menyokong penuh tindakan PDRM dlm menjalankan tugas mereka. Mereka ada hak untuk menahan sesiapa saja yg didapati boleh menimbulkan kekecohan n mengancam keselamatan negara. X kiralah ko Menteri or anythg..yg salah ttp di tangkap n diambil tindakan.
      Maaf ckp..semenjak PH take over mcm2 perkara pelik n yg x masuk akal berlaku. Ini ker Malaysia baru yg RAKYAT nak? Ini ker kerajaan baru yg rakyat bangga2 kan. Tahniah pengundi2 yg mengundi👍👍

    • Burhanuddin Yusof

      Polis malaysia amat cekap membenteras kegiatan pengganas sekalipun yg mengganas itu pemimpin negara atau menteri

  4. Abarimali

    Polis ibarat mentimun ckp btl pun dianggap salah. Biarlah rakyat yg menilainya

    • Ady

      Siapa pun mereka, undang2 tetap undang2. LGE ..ingat lu sapa…baru menteri kewangan dah mcm PM..
      PDRM… Rakyat dan masyarakat sentiasa menyokong anda.

  5. Ady

    Siapa pun mereka, undang2 tetap undang2. LGE ..ingat lu sapa…baru menteri kewangan dah mcm PM..
    PDRM… Rakyat dan masyarakat sentiasa menyokong anda.

  6. Leeza

    Itu apek mulot xde insurans ., die ingat undang2 dlm tgn die ..
    Elok die je d tangkap sbb menganggu siasatan

  7. Abe

    🤣🤣🤣…dah viral pun nak menafikan lagi, lepas tu putar maksud la, saya tak maksudkan begitu la, begini la….#menterikewayangan

Leave a Reply

Theme by Anders Norén