Portal berita terbaik anda

Politik

Isu guna kenderaan kerajaan: Timbalan menteri PH serang, ugut jentera BN

SEORANG pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang berstatus timbalan menteri berang selepas jentera Barisan Nasional (BN) didakwa mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh pihaknya.

Semalam, satu video memaparkan jentera PH kantoi menyalahgunakan kenderaan kerajaan untuk berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland, tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, jentera PH didapati melekatkan bendera PH pada kenderaan milik kerajaan negeri Pahang.

Dalam satu rakaman video yang lain pula, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Tengku Zulpuri Shah Raja Puji datang ke penginapan Umno Rompin dan mula menyerang jentera BN dengan maki hamun.

Timbalan menteri dilihat sukar mengawal kemarahannya dan cuba memukul jentera BN yang ada di sana.

Di dalam video itu juga seorang individu berbaju merah mengaku sebagai anggota polis dilihat berkempen untuk PH di PRK Cameron Highland.

Netizen mendesak pihak Polis Diraja Malaysia agar mengambil tindakan ke atas anggota polis tersebut.

Sementara itu difahamankan pihak BN telah membuat laporan polis berhubung insiden itu bagi menjamin keselamatan jentera BN yang telah diugut oleh timbalan menteri dan jentera-jentera PH.

Sumber: AbuLeman

Loading...

Leave a Reply