Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Isu cek Clare: PAN dan fitnah berpisah tiada

SEKEPING gambar yang memaparkan Presiden PAS, Hadi Awang bersama Datuk Rameli Musa dan seorang lelaki lain telah dimuatnaik oleh Pengerusi PAN Kedah, Dato Dr Ismail Salleh, hari ini.

Menurut Dr Ismail yang juga ADUN Pengkalan Kundor, gambar tersebut dipercayai dirakam ketika Hadi sedang menandatangi cek RM1.4 juta untuk diberikan kepada Clare Rewcastle-Brown.

Tetapi gambar tersebut hanyalah fitnah semata-mata yang sengaja disebarkan oleh PAN untuk memburukkan PAS yang kini semakin kukuh bersaman BN.

Identiti lelaki tidak dikenali itu sebenarnya adalah Jalaluddin Sarawoot, peguam muslim di Bangkok yang juga mantan Presiden World Muslim Youth Thailand.

Pertemuan antara Hadi dan Jalaluddin bertujuan untuk membincangkan isu umat Islam di Selatan Thai dan isu kebajikan serta hak asasi pelarian Rohingya.

Datuk Rameli Musa hadir sama kerana beliau mempunyai hubungan rangkaian dgn NGO Islam di Thailand, bukan urusan menandatangani cek.

Malah, gambar tersebut diambil sejak tahun 2017 lagi.

Tergamak Dr Ismail membuat kenyataan fitnah lagi jijik demi kepentingan politik beliau.

Pemimpin dan ADUN jenis apa yang PAN tawarkan kepada rakyat? Tak tahu dosa pahala ke sampai fitnah sebegini?

Benarlah kata orang, PAN dan fitnah berpisah tiada.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén