Isteri sempat bisik kalimah Allah sebelum suami pergi buat selama-lamanya

0
1882

“SAYA segera ke hospital sebaik menerima berita dan sangat sedih melihat darah mengalir laju daripada kepala suami.

“Saya sempat beberapa kali membisikkan kalimah Allah di telinganya sebelum keluar dari bilik kecemasan,” kata Ruzilawati Hussin, 32, yang kehilangan suami akibat kemalangan di Kilometer 97, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan atas Jambatan Paka, Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 9.45 pagi itu, Shamsul Norkhairul Anuar Ali, 32, maut selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan motosikal lain.

Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia pada 1.30 tengah hari ketika diberi rawatan kecemasan di Hospital Dungun.

Ruzilawati berkata, suaminya seorang penyelia syarikat kejuruteraan dalam perjalanan pulang dari bekerja di kawasan Industri Petrokimia di Kerteh.

“Dia keluar dari rumah kira-kira 7 pagi dan beritahu perlu menyiapkan kerja sekejap dan akan pulang segera.

“Saya mendapat panggilan daripada rakan suami kira-kira 10 pagi yang memaklumkan suami terbabit kemalangan dan bergegas ke tempat kejadian, namun suami sudah dihantar ke Hospital Dungun,” katanya.

Beliau berkata, Shamsul Norkhairul seorang suami yang baik dan sanggup memilih untuk tidak bekerja tetap dengan syarikatnya kerana mahu manjaga ibu yang menghidap sakit jantung selain anak mereka, Muhammad Rafique Ikhwan, 8, yang menghidap Talasemia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here