Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Isteri Mat Sabu rasmi kapal TLDM di China

Isteri Menteri Pertahan, Normah Alwi diberi perhormatan untuk merasmikan kapal misi pesisir (LMS) pertama milik TLDM di China, semalam.

TLDM menjelaskan sudah menjadi tradisi isteri kepada orang kenamaan negara akan diberi penghormatan untuk melancarkan kapal baharu yang bakal menyertai armada tentera laut

“Wanita yang melancarkan kapal ini digelar ‘Lady Sponsor’ dan akan terpahat sebagai sebahagian coretan sejarah kapal ini,” katanya.

Pihak TLDM juga bersetuju untuk mengabadikan senjata tradisional Melayu, Keris sebagai nama kapal terbaharu milik mereka itu.

Keris yang bernombor pennant 111 bakal menjalani pelbagai ujian penerimaan di pelabuhan dan di laut sebelum diserahkan secara rasmi kepada TLDM pada Disember 2019.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén