Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Ibu selalu cakap, kita jangan buka aib suami’ – Isteri kedua Amar Asyraf munculkan diri

ISTERI kedua pelakon Amar Asyraf iaitu Vivy Jeffry akhirnya tampil membuka mulut dan mengaku sudah berkahwin dengan aktor itu beberapa tahun lalu.

Vivy berkata dia menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain sedar dengan statusnya sebagai isteri kedua.

“Ya, memang betul saya adalah isteri kedua Amar dan kami juga mempunyai seorang anak lelaki. Selama ini saya simpan tapi benda ini terbongkar juga.

“Apa yang didedahkan wanita sebelum ini semuanya betul. Sebenarnya saya sudah bersedia dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan reda dengan perjalanan hidup saya yang disusun Allah.

“Ibu saya selalu cakap, kita jangan buka aib suami walaupun dalam keadaan marah macam mana pun sebab satu hari nanti mesti akan terbongkar sendiri,” katanya secara eksklusif kepada mStar pada Jumaat.

Pada Khamis, seorang wanita bernama Ellika Azman membuat pendedahan hampir berkahwin dengan Amar, namun rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Dalam pada itu, Vivi yang juga bekerja sebagai penerbit di sebuah stesen TV ini berkata, isteri pertama Amar iaitu Arna Salleh mengetahui tentang perkahwinan tersebut.

Biarpun tidak pernah bertemu, namun mereka hanya berhubungan menerusi telefon sahaja.

Kata Vivy, keluarga dan kawan rapat turut mengetahui tentang perkahwinan tersebut.

“Isteri pertama Amar tahu mengenai perkahwinan kami tapi saya dan dia tidak pernah berjumpa. Selama ini kami hanya berhubung menerusi telefon sahaja.

“Selain kami bertiga, keluarga terdekat dan beberapa kenalan rapat saya juga mengetahui semuanya. Saya faham dan sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua sebab itu saya memilih hanya berdiam diri saja selama ini,” ujarnya.

Amar ketika dihubungi mStar pada Khamis memberitahu dia dan isterinya, Arna dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangganya tanpa campur tangan pihak luar.

Amar yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka mendirikan rumah tangga dengan Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik serta Ammara Dian.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén