‘Leher berlubang kesan anak panah’ – Isteri, dua anak tiri didakwa bunuh Nazrin Hassan

162

PETALING JAYA – Balu kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh suaminya, Jun tahun lalu.

Turut didakwa bersama Samirah Muzaffar,44, dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 13 dan 16 tahun serta seorang lagi masih bebas warga Indonesia.

Samira yang berada di kandang tertuduh hanya mengangguk faham manakala dua anak lelakinya yang memakai uniform sekolah berwarna putih dan biru berada di luar kandang pesalah turut menganggukkan faham pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa telah mencapai niat bersama- sama melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian ke atas Nazrin.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara, dekat sini, jam 11.30 malam pada 13 Jun dan 4 pagi pada 14 Jun 2018.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin dan Mohd Zin Ibrahim mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kesemua tertuduh ditahan jam 6.45, pagi tadi di kediaman mereka untuk dibawa ke mahkamah.

Nazrin, 48, pada mulanya dilaporkan dilaporkan maut akibat letupan telefon bimbit yang sedang dicas berdekatan katilnya yang menyebabkannya terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur tingkat atas rumahnya.

Polis kemudiannya mengklasifikasikan semula kes mengikut Seksyen 302 selepas hasil siasatan pihak forensik bomba mendapati ada kesan petrol di bahagian kepala, tilam serta telefon bimbit yang dipercayai punca kebakaran merebak cepat sehingga mengorbankan mangsa.

Samira dan bekas suaminya ditahan pada 4 Ogos bagi membantu siasatan itu manakala dua anak mereka ditahan pada 8 September.

Dua remaja lelaki yang masih bersekolah itu ditahan selepas pemeriksaan forensik menemui dua lubang pada leher Nazrin menyerupai kesan daripada anak panah. Anak-anak tiri Nazrin dilaporkan dipercayai mempunyai kemahiran dalam sukan memanah.

Pada 23 September pula, polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun yang merupakan adik kepada isteri Nazrin bersama suaminya yang berusia 41 tahun di Jalan Dato Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail pada pukul 10.20 malam.

Pada 8 Oktober, kubur Nazrin digali semula bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan dan dikemukakan semula selepas lapan hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here