Portal berita terbaik anda

Politik

Isa Samad bertanding calon Bebas di Port Dickson

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad hari ini mengesahkan beliau akan bertanding sebagai calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Bekas Ahli Parlimen Jempol itu berkata, beliau membuat keputusan itu kerana UMNO tidak meletakkan calon di kawasan berkenaan.

“Saya bertanding kerana kerusi itu telah dikosongkan, lagipun saya adalah orang Port Dickson,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang (kini Port Dickson) itu berkata, beliau mempunyai peluang yang baik untuk menang kerana telah lama berkhidmat di kawasan berkenaan serta dikenali oleh pengundi.

Mohd. Isa yang juga bekas Pengerusi Felda pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Linggi dan Bagan Pinang yang terletak di bawah Parlimen Port Dickson. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply