Portal berita terbaik anda

Utama

IPU lebih 1,000! Pelajar Malaysia kongsi keadaan jerebu merah di Indonesia

NAMPAKNYA keadaan jerebu di Kalimantan, Indonesia belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Semalam, keadaan menjadi bertambah buruk apabila langit berubah menjadi kemerah-merahan dan gelap seoalah-olah waktu malam walaupun pada ketika itu jam baru menujukkan pukul 12.30 tengah hari.

Keadaan pelik itu menggemparkan penduduk sekitar, malangnya sebahagian besar netizen tidak mempercayai apa yang berlaku dan menyifatkan ianya adalah palsu.

Disebabkan fenomena tular tersebut, seorang pelajar Malaysia, Tuan Hasif yang kini berada di Jambi tampil berkongsi keadaan sebenar yang sedang mereka alami di sana.

Tidur dalam keadaan berhabuk…

Menurut Tuan Hasif, gambar dan video yang ditularkan di media sosial itu adalah benar. Malah keadaan di sana lebih buruk daripada apa yang netizen sangkakan.

Ramai yang meninggal sesak nafas

Tuan Hasif berkata, ramai penduduk tempatan di Jambi telah meninggal dunia akibat daripada sesak nafas. Bagaimanapun sehingga kini belum ada lagi kematian yang melibatkan pelajar Malaysia di Jambi, kecuali di Medan yang melibatkan kematian seorang pelajar perempuan.

Topeng macam tak ada fungsi

Tuan Hasif turut memuat naik gambar berserta video yang memperlihatkan debu dan habuk berterbangan di udara.

Ramai yang doakan mereka kat sana

Berikutan itu, netizen melahirkan rasa simpati terhadap pelajar-pelajar Malaysia yang terlibat dan berharap mereka sabar dengan dugaan yang menimpa.

Semoga keadaan dan udara kembali pulih seperti sedia kala. Orang awam juga tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti di luar serta sentiasa memakai topeng ketika berada di kawasan yang terbuka dan terjejas teruk.

Loading...

Leave a Reply