Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Intipati keputusan mesyuarat kabinet 6 Jun 2018

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat kabinet buat kali ketiga hari ini.

Berikut antara inti pati keputusan yang diumumkannya hari ini.

  1. Muhammad Ibrahim letak jawatan sebagai gabenor Bank Negara
  2. Kementerian-kementerian akan disusun semula
  3. Peruntukan RM500,000 kepada Anggota Parlimen dan RM200,000 untuk Pusat Khidmat Anggota Parlimen akan disalur sebelum Hari Raya Aidilfitri
  4. Skim kawalan harga musim perayaan Aidilfitri libatkan 22 jenis barang kawalan
  5. Kerajaan akan beri insentif raya kepada peneroka Felda, babitkan peruntukan kerajaan RM50 juta
  6. Peneroka Felcra juga menerima bonus, dengan kos RM44 juta, dibayar melalui keuntungan Felcra
  7. Parlimen bersidang mulai 16 Julai, Akta Antiberita Tidak Benar dan Akta GST akan dimansuhkan
  8. Masa depan Majlis Penasihat Kerajaan belum dimukmatamadkan
  9. Ujian Bahasa Inggeris untuk kakitangan awam kanan kerana mereka perlu berunding dengan warga asing
  10. Bayaran Bantuan Sara Hidup tidak lama lagi
  11. Dr Mahathir akan berada di Jepun antara 10 hingga 12 Jun untuk Persidangan Nikkei – lawatan rasmi pertamanya
  12. Kerajaan akan menangani masalah kekurangan zat di kalangan kanak-kanak bandar, termasuk Putrajaya
  13. Menteri Kewangan dan pegawai SPRM akan ke China tidak lama lagi berhubung siasatan projek Suria Strategic Energy Resources
  14. Peguam Negara dan Kementerian Luar Negeri akan memulakan tindakan susulan ke atas MH17.
  15. Kementerian Kesihatan akan mengkaji skim “peduli sihat nasional” dan insurans Takaful bagi golongan miskin
  16. PM akan melengkapkan kabinetnya menjelang akhir minggu ini
  17. Jawatankuasa kabinet khas mengenai masyarakat India akan bermesyuarat tidak lama lagi
  18. Elaun keraian penjawat awam kanan akan dikenakan potongan 10 peratus
  19. Kerajaan mengkaji semula Jabatan Kemajuan Islam (Jakim)
  20. PM enggan ulas tuduhan yang memperincikan perbelanjaan untuk Yang di-Pertuan Agong
  21. Skim kawalan harga musim perayaan akan dilaksanakan mulai 8 hingga 22 Jun
  22. Kerajaan akan kaji semula pautan dagangan antara Bursa Malaysia dan Singapura
  23. Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-isu Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan
  24. Jawatankuasa meliputi pakar bukan kerajaan akan diwujud untuk tambah baik kurikulum pendidikan dari peringkat taska sehingga universiti
  25. Kerajaan berpendapat adalah baik jika tidak ada kapal perang ditempatkan di Selat Melaka, Laut China Selatan
  26. Syarat pinjaman bank yang ketat akan dikaji semula untuk membantu usahawan kecil

Leave a Reply

Theme by Anders Norén