Mengaku tak tahu isi minyak kereta, Intan Najuwa digelar, ‘cantik tapi bangang’?

0
284

Sejak memegang watak utama dalam drama Kekasih Paksa Rela bersama Remy Ishak, nama Intan Najuwa semakin dikenali dalam industri hiburan tempatan.

Pelakon kecil molek itu juga sering berkongsi foto dan video di Instagram untuk tatapan peminat.

Terbaru, dalam satu video yang dimuat naik di Twitter, pelakon drama bersiri Kenyalang I’m In Love itu mengakui dia sebenarnya tidak tahu cara untuk mengisi minyak kereta.

Ini kerana, urusan mengisi minyak kereta selalunya dilakukan oleh pembantu peribadinya dan kebetulan ketika ini pembantu peribadinya sedang bercuti.

Video itu mula tular di laman Twitter setelah dimuat naik semula oleh salah sebuah portal hiburan dan rata-rata, ramai warga Twitter yang mengecam serta meninggalkan komen pada video tersebut.

Cantik tapi bangang, sis

Beauty without brain hurm

Apa function hidup?

Kejap weyh, aku cantum otak dia

Angkat bakul je ni, masak reti tak?

Pergi stesen minyak, mintak je tolong orang kat situ. Tak perlu buat video!

Lah korang ni, dia mengaku tak reti isi minyak je, kenapa nak marah?

Sebaliknya, terdapat juga segelintir warga Twitter yang berpendapat pelakon berusia 21 tahun itu hanyalah bergurau dan ada juga yang berpendapat dia hanya membuat video tersebut untuk mendapatkan perhatian daripada orang ramai.

Sumber : Twitter Rotikaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here