Intan Liana tak fobia kahwin lagi

0
425

BEKAS isteri kepada pemuzik Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid iaitu Intan Liana Saleh memberitahu tidak pernah berasa fobia untuk kembali berkahwin walaupun pernah mengalami keruntuhan rumah tangga.

Intan, 33, berkata, perkahwinan adalah tuntutan dalam agama Islam namun memberitahu buat masa ini dia tidak berfikir mengenainya.

“Tidaklah, kahwinkan tuntutan Islam, kahwin jela kan… Hihihi,” katanya.

Intan berkata demikian sebagai menjawab beberapa soalan secara rawak daripada pengikutnya di Instagram menerusi fungsi pertanyaan yang diperkenalkan di Instagram Story.

Antara pertanyaan diterima Intan di InstaStory.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan pengikutnya, Intan secara bergurau memberitahu dia ada terfikir untuk mencari pengganti namun tiada siapa yang mahukan dirinya.

Malah katanya, sejak bercerai tiada lelaki yang cuba mendekatinya selain meminta pengikutnya mencarikan calon untuknya.

“Ada rasa nak cari pengganti tapi takde orang nak… Hahaha. Tengok juga orangnya macam mana, taknak dicurangi lagi,” jawabnya.

Ude dan Intan bercerai pada Mac lalu.

Sementara itu, menjawab ciri-ciri lelaki idamannya, Intan berkata, jejaka itu mestilah seorang yang comel, mengambil berat, bertanggungjawab, rajin dan menjaga solat.

Awal tahun ini, nama Intan menjadi perhatian apabila perkahwinan kedua Ude dengan aktres Izreen Azminda terbongkar.

Bagaimanapun Ude menceraikannya dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1 manakala Ude dan Izreen berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here