Portal berita terbaik anda

Utama

Inkues Adib: Siti Kasim persoal keputusan dibuat Koroner Rofiah

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim hari ini memuatnaik satu status di Twitter dengan mempersoalkan keputusan Koroner Rofiah Mohamad berhubung inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Siti Kasim berkata, pihak Mahkamah Koroner sepatutnya mengajak pihak kuil jadi sebahagian daripada inkues berkenaan dalam mencari keadilan yang sebenar.

“Saya tertanya-tanya bagaimana Koroner membuat keputusannya. Dia mengajak pihak kuil jadi sebahagian daripada inkues,” katanya di Twitter, hari ini.

Beliau sebelum ini mendakwa dirinya sebagai peguam pemerhati bagi Ahli Jawatankuasa Kuil Sri Maha Mariamman.

Pada Januari lalu, Koroner Rofiah menolak permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman dan 50 penganut Hindu untuk menjadi salah satu pihak berkepentingan dalam inkues bagi menentukan status kematian anggota bomba, Muhammad Adib.

Koroner Rofiah hari ini memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim akibat dipukul dan diserang oleh pihak ketiga.

Keputusan itu diumumkan selepas 41 hari prosiding inkues bagi menentukan punca kematian Allahyarham Muhammad Adib berlangsung.

Ketika membacakan keputusan tersebut, Koroner Rofiah juga berkata, mahkamah memutuskan bahawa kecederaan Allahyarham Muhammad Adib bukan perbuatan sendiri sebaliknya disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu. -MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply