Inkues Adib: ‘Saya lihat trak bomba diserang, bukan anggotanya’ – Saksi

SEORANG pegawai polis trafik yang berada di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield pada malam rusuhan pada tahun lalu, mendakwa dia tidak nampak mana-mana anggota bomba dipukul perusuh ketika insiden trak bomba diserang.

Ketua Polis Trafik Subang Jaya Asisten Superitendan Mohd Nasir Rahman berkata kepada inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, bahawa trak bomba dikelilingi ramai orang ketika beliau tiba di lokasi kejadian.

Beliau menganggarkan terdapat 3,500 hingga 5,000 orang, dipercayai orang India, berkumpul di depan kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, Selangor.

“Selepas objek dilemparkan ke arah trak bomba sehingga menyebabkan cermin depannya pecah, pemandu mengundurkan kenderaan. Di kemudiannya bergerak ke depan dan sekali lagi berundur sebelum meninggalkan lokasi,” kata Mohd Nasir kepada koroner mahkamah Shah Alam.

“Apabila trak itu berundur, ia melanggar kenderaan EMRS yang berada di belakangnya,” katanya merujuk kepada kenderaan Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). – 11 Februari, 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *