Portal berita terbaik anda

Dunia

Ini sebab kenapa Ratu Elizabeth makan pisang guna garfu dan pisau

LONDON: Bekas chef diraja Britain mendedahkan Ratu Elizabeth II makan pisang menggunakan pisau dan garfu agar tidak menyerupai cara monyet makan, lapor Mail Online.

Darren McGrady, yang pernah bertugas di Istana Buckingham, menulis dalam bukunya ‘Eating Royally’, menjelaskan Ratu memotong bahagian atas dan bawah pisang, kemudian membuka kulitnya dan memotong isinya dengan potongan kecil sebelum memakannya.

Cara Ratu yang sopan turut dipersetujui pakar etika, William Hanson, yang pernah mengatakan bahawa buah kebiasaannya disajikan sebagai pencuci mulut utama.

Hanson menerusi tulisannya di Daily Mail berkata, pencuci mulut secara tradisinya adalah buah yang akan dihidang paling akhir, sedangkan hari ini orang ramai keliru antara buah dengan hidangan manisan.

Darren McGrady

Dalam temuramah terdahulu dengan MailOnline, chef diraja, McGrady yang pernah berkhidmat untuk mendiang Puteri Diana, kini memiliki syarikat katering di Dallas, Texas, mendakwa Ratu bukanlah seorang yang gemarkan makanan dan baginda sanggup membuang hidangan makan malam tanpa langsung menyentuhnya.

“Baginda bukan seorang yang gemar makan. Hanya makan untuk hidup tetapi Putera Philip adalah seorang yang hidup untuk makan, baginda sangat menggemari makanan, malah ingin tahu asal usul makanan tetapi Ratu tidak,” katanya. – Agensi

Loading...

Leave a Reply