Portal berita terbaik anda

Utama

Ingkar arahan tak boleh buat jamuan lepas solat, jemaah surau didenda RM1,000 seorang

JABATAN Hal Ehwal Negeri Sembilan (JHEAINS) telah mengeluarkan surat pekeliling pada 20 Januari lalu yang melarang sebarang aktiviti jamuan selepas solat berjemaah memandangkan hampir semua negeri sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun begitu, masih ada juga pihak surau dan segelintir individu yang melanggar arahan yang telah dikeluarkan itu.

Di Facebook, viral beberapa foto yang menunjukkan sekumpulan individu dipercayai ahli jemaah sedang menikmati jamuan selepas selesai mengerjakan solat Maghrib.

Menerusi Facebook Masjid Kariah Taman Bandar Senawang, beberapa orang jemaah Surau Matahari Height di Seremban, telah dikenakan denda selepas dipercayai melanggar SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Mereka kelihatan melepak sambil menikmati air dan roti secara beramai-ramai.

Oleh sebab itu, kesemua mereka didenda sebanyak RM1000.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen berharap semua individu mematuhi SOP tidak kira di mana jua mereka berada.

Mereka juga berharap golongan pak cik-pak cik ini mengambil perkara tersebut sebagai pengajaran.

Loading...

Leave a Reply