Portal berita terbaik anda

Utama

Indeks jenayah Terengganu turun 19.3 peratus

KUALA TERENGGANU – Kadar indeks jenayah Terengganu menurun 19.3 peratus pada tahun lalu berbanding tempoh sama pada tahun 2017.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, sebanyak 1,823 kes jenayah kekerasan dan komersial direkodkan sepanjang tahun lalu berbanding 2,257 kes pada tahun sebelumnya.

“Sebanyak 1,206 kes atau 66.2 peratus kes jenayah yang dilaporkan pada tahun 2018 berjaya diselesaikan.

“Sebagai perbandingan 1,706 daripada 2,257 kes yang dilaporkan pada tahun 2017 berjaya diselesaikan,” katanya selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat pegawai rendah polis di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Seramai 17 anggota polis terdiri daripada 13 Sarjan dan tiga Sarjan Mejar menerima pangkat masing-masing pada majlis itu. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply