Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Ikan singgang satukan Jasmine Suraya, Sufian Suhaimi

KUALA LUMPUR — Pelakon Jasmine Suraya Chin menjelaskan hubungan rapatnya dengan penyanyi Sufian Suhaimi adalah kerana mempunyai selera yang sama.

Jasmine, 29, berkata mereka sama-sama menggemari masakan Pantai Timur iaitu ikan singgang, lapor Berita Harian.

“Kami boleh rapat kerana banyak persamaan antara saya dengan dirinya. Kami sama-sama suka makan ikan singgang dan selepas ini, saya mahu cuba aktiviti menyelam pula,” kata pelakon filem Paskal.

Pengacara sukan dan bekas atlet boling Sarawak baru-baru ini digosipkan sedang bercinta apabila penyanyi Di Matamu memberi kejutan dalam sebuah acara.

Malah Jasmine turut berkongsi gambar kehadiran bekas tunang pelakon Elfira Loy itu dalam majlis tersebut di Instagramnya.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén