Ijazah palsu: ‘Siapa tipu, Bernama atau pegawai menteri?’ – Najib

Semalam, Menteri Besar Perak telah mengaku beliau tidak memiliki ijazah Universiti dan bukan seorang graduan.

Ini selepas pengakuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan Menteri Pertahanan Mat Sabu bahawa mereka juga tak pernah kata mereka adalah graduan dari universiti.

Tetapi apa yang pelik ialah berita palsu bahawa menteri-menteri ini adalah graduan ialah dari biodata yang dikeluarkan oleh saluran berita rasmi kerajaan – BERNAMA di dalam infografik-infografik mereka dan tersebar luas ketika dilantik sebagai menteri, iaitu kira-kira 9 bulan lalu.

Apa yang mereka lakukan selama kira-kira 9 bulan itu? Diamkan diri.

Ini sumber dari BERNAMA, bukan dari Wikipedia sahaja.

Setahu saya, adalah satu kelaziman untuk BERNAMA meminta biodata dari pasukan pembantu khas dan setiausaha akhbar Menteri apabila seseorang menteri baru dilantik untuk digunakan dalam laporan BERNAMA.

Selepas penafian-penafian ini, BERNAMA di bawah kerajaan PH telah jelas didapati mengeluarkan berita tidak sahih kepada Rakyat.

Persoalan sekarang ialah adakah editorial BERNAMA yang telah membuat kesilapan ataupun pasukan Menteri sendiri yang memberi informasi yang tidak sahih?

Adakah Menteri Komunikasi dan Multimedia dari DAP yang juga menteri jaga BERNAMA akan menyiasat siapa sebenarnya punca berita tidak sahih ini?

Adakah BERNAMA yang menipu ataupun pegawai-pegawai Menteri yang menipu?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here