Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

Ijazah ‘Cambridge’ Marzuki bukan isu besar di Semenyih – Muhyiddin

SEMENYIH — Kontroversi melibatkan isu ijazah ‘Cambridge’ timbalan menteri luar tidak merencatkan kempen pilihan raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Semenyih, kata presidennya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata imej PPBM tidak akan terjejas dan penjelasan kelayakan akademik setiausahanya Datuk Marzuki Yahya sudah memadai untuk menepis isu itu.

“Saya tidak fikir ada sebarang isu besar yang memberi kesan kepada kami,” kata menteri dalam negeri selepas bertemu pemimpin dan petugas parti.

“Jika ada isu, kami akan menjelaskannya seperti setiausaha agung kami di sini, beliau juga perlu menjelaskannya,” katanya merujuk kepada Marzuki yang duduk di sisinya ketika itu.

Semalam Marzuki menunjukkan ijazah dan transkrip akademik yang diterimanya daripada Universiti Antarabangsa Cambridge (CIU), di Texas, Amerika Syarikat.

Pengguna media sosial mencurigai program pengajian jarak jauh dalam bidang pentadbiran perniagaan milik Marzuki yang tidak pernah ditawarkan oleh Universiti Cambridge.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén