Portal berita terbaik anda

Utama

ICERD: ‘Sedia korbankan darah dan nyawa’

BALING – Kerajaan diingatkan supaya bersedia menghadapi kebangkitan rakyat sekiranya mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Yang Dipertua Pas Baling, Hassan Saad berkata, rakyat bersedia korbankan harta termasuk nyawa dan darah.

“Kita tidak edar al-Quran di gereja atau kuil, tetapi mereka biadab edar bible kepada masyarakat kita dan di masjid-masjid.

“Kita nak ingatkan mereka, bahawa kita bukan sahaja tidak bakhil korbankan harta kita, tetapi kita tidak bakhil korbankan nyawa dan darah kita,” katanya ketika Himpunan Bantah ICERD di Masjid Charok Bemban, di sini hari ini.

Turut menganjurkan bantahan sama hari ini ialah Masjid Madinatul Ilmi Kuala Ketil dan Masjid Parit Panjang.

Beliau berkata, jutaan rakyat akan turun ke jalan-jalan rakyat bagi mempertahankan akidah umat Islam dan kepentingan Melayu.

“Kita ingatkan kepada mereka, kita umat Islam bukan cintakan hidup, tetapi cintakan mati seperti mana Nabi Muhammad SAW sebut ‘syurga itu di bawah bayangan pedang’.

“Apa-apa yang berlaku di atas negara kita hari ini, mereka mesti bertanggungjawab.

“Kerana itu kita berhimpun untuk mereka batalkan persidangan itu kerana kesannya begitu buruk dari segi akidah, akhlak dan semua sudut,” katanya.

Loading...

Leave a Reply