Ibu tunggal cuba melacur untuk sara anak

0
253

KUALA TERENGGANU – Seorang janda anak satu mengaku di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, di sini, hari ini cuba melacurkan diri demi menyara anaknya.

Berdasarkan pertuduhan, wanita berusia berusia 30 tahun dari Selangor itu ditahan ketika bersama seorang lelaki dipercayai pelanggannya dalam serbuan di sebuah bilik di Hotel Felda Residence, di sini, kira-kira jam 11.45 malam pada 17 September lalu.

Wanita yang kini menetap di Kota Bharu, Kelantan dan menerima tempahan pelanggannya menerusi aplikasi WeChat itu didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau enam sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Wanita berkenaan merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan terpaksa mencari rezeki untuk anak tunggalnya yang berusia tujuh tahun.

Dia mengaku terpaksa memilih pekerjaan ini disebabkan terdesak untuk mendapatkan wang dan semasa ditangkap, dia mendakwa langsung tidak mempunyai wang selain kos upah diterima daripada pelanggannya iaitu sebanyak RM100.

Dia mendakwa sejak berpisah terpaksa mencari duit bagi membesarkan anaknya kerana bekas suaminya itu tidak mengambil tahu kehidupan mereka dan kini anaknya dijaga sementara salah seorang kakaknya.

Selepas mendengar rayuan itu, Hakim Syarie, Rosdi Harun kemudian menetapkan 27 September ini sebagai tarikh jatuh hukuman kes yang dikendalikan Pendakwa Syarie, Mohd Kahzmizan Abdullah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here