Portal berita terbaik anda

Utama

‘Ibu saya bermimpi tengok muka saya bersinar macam ahli syurga’ – Ustaz Abu Syafiq

Sejak akaun Facebook miliknya digodam Khamis lalu, pendakwah Ustaz Abu Syafiq kini memilih platform Instagram bagi berkongsi maklumat atau apa sahaja berkaitan dirinya.

Bagaimapun, beliau didapati menutup ruangan komen agar setiap perkongsiannya tidak dipenuhi dengan kata-kata hinaan sekaligus mengelakkan timbulnya fitnah dan dosa dalam kalangan netizen.

Walaupun begitu, masih ramai yang mengikuti perkembangannya apatah lagi sejak tularnya isu antara dirinya dengan seorang lagi pendakwah, Ustaz Ebit Lew.

Menerusi perkongsian terbarunya di Instagram, Ustaz Abu Syafiq memberitahu dia mendapat panggilan daripada ibunya hari ini walaupun pada kebiasaannya ibunya jarang berbuat demikian.

Rupa-rupanya ibu Ustaz Abu Syafiq bermimpi melihat wajah anaknya bersinar-sinar seperti seorang ahli syurga.

“Hari ini ibu saya hubungi saya…jarang ibu saya call sebab biasanya saya yang call. Ibu bagitau dia bermimpi nampak wajah saya umpama ahli syurga bersinar pulang kerumahnya. Sebak saya.

“Semoga Allah merahmati ibu saya seperti dia merahmati saya ketika saya kecil bahkan lebihkan lagi rahmat buat ibu,” tulisnya.

Sementara itu, Ustaz Abu Syafiq turut mempertahankan diri dan menjelaskan bahawa status di laman sosial sebelum ini mengenai teguran dalam menjaga aib ketika memberi sumbangan tidak ditujukan khas kepada Ebit.

Menurutnya, timbul salah faham berkaitan posting tersebut apabila ia disamakan dengan aktiviti kebajikan yang dilakukan pendakwah itu.

Perkara itu dijelaskannya ketika ditemubual oleh seorang bekas wartawan penyiaran TV3, Ryzal Ibrahim.

Rakaman temubual oleh bekas wartawan TV3 dengan Ustaz Abu Syafiq yang dimuat naik di Facebook miliknya.

“Masa saya tulis tu, demi Allah saya tak tahu Ebit masukkan dalam Facebook sebab saya tak follow dia. Saya tak tahu langsung… saya tak tuju kepada dia dan saya tak tahu langsung.

“Tapi ada orang ambil statement saya… (cantumkan) kata Ustaz Abu Syafiq ni kutvk Ebit Lew. Kemudian baru saya tahu Ebit letak gambar.

“Saya tak tahu sebelum itu. Tak ada kaitan dengan Ebit Lew sebenarnya,” katanya dalam temu bual tersebut.

Jelas Abu Syafiq, beliau sama sekali tidak mempertikai usaha untuk memberi sumbangan dan menyiarkannya di media sosial, selagi mana perkara itu dilakukan dengan adab dan menjaga aib penerima sumbangan.

“Statement saya adalah berkenaan meletakkan gambar dan video orang miskin yang susah sehingga memalukan dia dengan aib, maka hukumnya haram.

“Jika menjaga aib (penerima), nak tangkap gambar atau video tak ada masalah.

“Bukan saya melarang orang tangkap gambar untuk kebaikan, menggalakkan orang lain untuk bersedekah ketika beri sumbangan… saya tak larang yang itu.

“Saya larang jika ia sehingga mengaiibkan orang itu,” katanya lagi.

Justeru Abu Syafiq menegaskan, tiada keperluan untuknya meminta maaf kepada individu yang dikaitkan dengan dirinya itu.

“Kalau saya ni sengaja nak tuju kepada dia, dan timbul pula isu macam ni, memang saya rasa bersalah. Tapi saya tak tuju kepada dia pun.

“Saya tidak akan mohon maaf sebab saya tak buat salah,” katanya lagi.

Ebit sebelum ini memuatnaik status di laman Facebook meluahkan perasaan berikutan niatnya membantu golongan kurang berkemampuan disalahertikan dan dipertikaikan oleh segelintir pihak.

Malah, beliau turut mengumumkan untuk tidak lagi keluar berkhidmat memberi bantuan sepanjang tempoh PKP selepas dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman.

Bagaimanapun pada Sabtu, polis mengesahkan bahawa penceramah tersebut diberi kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tempoh PKP.

Sehari selepas kenyataan polis itu, Ebit kembali turun padang memberi sumbangan kepada golongan memerlukan, antaranya sebuah keluarga daif yang tinggal di dalam sebuah pondok di Baling, Kedah.

Loading...

1 Comment

  1. Barisan Pendukung Amal Jariah

    Barisan pendukung Amal Jariah
    Jaga kau Abu kacang, habis PKP ni memang pecah muka kau. Kami semua tunggu masa je. Jangan ingat semudah otu ko lepas ya abu kacang. Mulut macam bangsat sial cilaka, semata mata kerana duit dapat dari DAP, PERGI MELANCUNG SANA SINI DENGAN DUIT DERMA ORANG RAMAI, LEPAS TU MENGUTUK SEMUA ORANG. TUN MAHATHIR KO KUTUK, NAJIB KO KUTUK, USTAZ EBIT LIEW KO KUTUK, USTAZ KAZIM KO KUTUK. Ko ingat ko bagus sangat ke abu kacang? Ko jaga ya, selagi tak oecah muka ko, kami tak akan puas hati dengan semua putar belit ko yang lempar batu sembunyi tangan tu. dah terang terang ,engutuk dan dengki dan irihati ko tak nak mengaku ya. Ingat, habis PKP muka ko pecah.

Leave a Reply