Ibu muda 3 anak dicekup khalwat dengan lelaki lain

0
538

KOTA BHARU – Suasana di mahkamah rendah syariah, di sini, hari ini bertukar kecoh apabila berlaku perbalahan membabitkan pasangan yang baru saja bercerai talak satu.

Ibu tiga anak berusia 23 tahun itu diceraikan suaminya yang berusia 32 tahun selepas dia ditangkap khalwat bersama lelaki lain di sebuah hotel di utara tanah air, Khamis lalu.

Lafaz dibuat di hadapan Hakim, Zahari Mohd Yusoff mengikut Seksyen 47 Permohonan Perceraian Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002.

Bapa tiga anak dikenali sebagai Atiq berkata, dia sendiri yang menangkap isterinya sedang berkhalwat dengan lelaki lain di hotel berkenaan pada 25 Oktober lalu.

Menurutnya, dia bersama rakan, anggota pejabat agama dan polis ke hotel itu selepas diberitahu rakan bahawa kereta miliknya diletakkan di hadapan hotel berkenaan.

“Sebaik masuk ke sebuah bilik, saya lihat isteri yang saya sayang bersama dengan lelaki lain sekali gus menguji kesabaran saya sebagai seorang suami.

“Luluh hati apabila melihat isteri yang dikahwini selama tujuh tahun sanggup menduakan saya walaupun kami sudah mempunyai tiga anak berusia antara 1 hingga 6 tahun,” katanya ketika ditemui di mahkamah berkenaan di Tunjong di sini, hari ini.

Dia yang bekerja swasta itu kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan nekad membawa pulang anak ke Kota Bharu.

“Selama ini saya banyak bersabar kerana memikirkan tiga anak kami yang masih kecil.

“Kali ini, saya lafazkan cerai talak satu terhadapnya kerana sudah tidak sanggup melihat kecurangan isteri daripada terus berlaku,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here