Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Anak ditumbuk rakan sekolah, ibu luah rasa kesal di Facebook

KES buli di negara ini semakin kritikal. Saban minggu, ada sahaja kejadian buli terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah tular di media sosial.

Terbaru, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila anak lelakinya yang merupakan murid tahun satu didakwa telah ditumbuk seorang murid tahun dua sehingga berlaku pendarahan di hidung.

Menerusi laman Facebook, Norihan Jamil berkongsi beberapa keping gambar dalam kejadian yang berlaku tengahari semalam ketika menjemput anaknya pulang dari sekolah.

Posting tersebut tular dengan mendapat lebih 3,500 perkongsian serta 3,600 tanda suka yang rata-rata meluahkan rasa geram terhadap tindakan kurang ajar si pelaku.

Sumber: Norihan Jamil

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén