Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Dunia

Ibu durjana gantung dua anak sampai mati, buat hubungan seks dengan anjing

Seorang ibu bukan sahaja berperangai jelik kerana mengadakan hubungan seks dengan anjing, malah sanggup menggantung dua anaknya hingga mati dalam kejadian di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Lisa Snyder, 37, kini menjalani perbicaraan setelah berdepan pertuduhan membunuh dua anaknya, Conner, 8, dan Brinley, 4, di ruang bawah rumah mereka menggunakan tali kolar anjing.

Semasa prosiding perbicaraan, Lisa mendakwa Conner membunuh diri kerana tekanan akibat sering dibuli di sekolah sebelum membunuh adiknya.

Kedua-dua beradik itu ditemukan tergantung di tingkat bawah tanah pada 23 September tahun lalu dalam keadaan masih hidup, namun disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Lehigh Valley.

Keterangan Lisa yang menuduh anaknya Conner sukar diterima selepas pihak pendakwa tidak menemui sebarang bukti kukuh.

Pasukan penyiasat dalam pada itu menemui bukti Lisa membuat carian cara menggantung diri di Google serta tempoh seseorang mati setelah terhidu gas karbon monoksida.

Selain pertuduhan bunuh, Lisa turut berdepan dakwaan berlaku kejam dengan haiwan dan mengadakan hubungan seks dengan anjing.

Bagaimanapun, peguam Lisa, Dennis Charles berkeras bahawa mahkamah tidak mempunyai bukti kukuh untuk membicarakan anak guamnya.

“Mahkamah hanya membuat spekulasi tanpa bukti bahawa Lisa Synder menggantung anak-anaknya,” katanya.

Hakim Kim Bagenstose bagaimanapun tidak bersetuju dan memaklumkan sudah cukup bukti untuk membuat pertuduhan ke atas wanita itu.

Kes akan disebut semula pada 12 Mac depan.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén