Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Ibu cedera teruk didera anak dan menantu

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Itu yang dapat digambarkan apabila seorang warga emas cedera teruk selepas didera oleh anak dan menantunya sendiri.

Menurut sumber, kejadian dikatakan berlaku di PPR Desa Wawasan Sungai Rambai, Bukit Mertajam, hari ini.

Mangsa dikatakan telah dikurung dan dipukul sejak sekian lama tetapi diketahui oleh orang lain. Namun, pada hari kejadian wanita malang ini telah meminta tolong jiran tetangga ketika anak dan menantunya tiada di rumah.

Jiran tetangga telah mengumpil pintu rumah sebelum menelefon pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Hasi pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati ianya dipenuhi dengan kesan calar dan parut akibat dipukul dengan benda tajam.

Sehubungan itu, pihak polis telah menahan tiga suspek dan membawa mereka ke IPD Perdana untuk siasat lanjut.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén