Portal berita terbaik anda

Dunia

Ibu bapa meninggal selang beberapa jam, enam beradik yatim piatu sekelip mata

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang menimpa enam beradik di Balikpapan, Indonesia yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia, semalam.

Difahamkan, kedua ibu dan bapa enam kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir selang beberapa jam pada hari yang sama.

Menurut sumber, ibu enam beradik itu meninggal dunia akibat darah tinggi beberapa hari selepas melahirkan adik bongsu mereka.

Ketika jenazah ibu mereka sedang dimandikan, bapa mereka pula jatuh sakit dan kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Enam beradik itu kini dijaga oleh datuk dan nenek mereka yang sudah uzur.

Sementara itu, gambar mereka telah tular di media sosial sehingga meruntun hati netizen yang rata-rata sebak dengan kejadian yang menimpa mereka.

Loading...

4 Comments

  1. Nura

    I wish to know more abt the above kids. Six kids that lost both their parents. Plz get bk to me

  2. Nora

    Is there anyways to know these families details such as their wherebouts or how we can give help to the families

  3. mansur

    semgaada org tua asuh yg bnr sayg dan seiman

Leave a Reply