‘I mengalah demi lihat you tersenyum…’ – Zizan Razak

0
703

PERLAWANAN membabitkan Perak menentang Terengganu FC yang berlangsung malam tadi mengundang kehangatan apabila menyaksikan keputusan seri 3-3 dan terpaksa diheret ke penentuan penalti dan melayakkan Perak menang dengan keputusan 4-1.

Namun apa yang menarik, beberapa minit selepas tamat perlawanan, pelakon, pengacara, penyanyi dan pelawak, Zizan Razak memuat naik sebuah posting yang telah menarik perhatian ramai di Instagramnya.

Menurut Zizan, 34, dia menganggap kekalahan yang dihadapi Terengganu FC itu adalah untuk melihat aktres, Mira Filzah tersenyum.

“Now I tau kenapa I dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman.

“Hanya orang orang yang beriman selalu diuji. Jadi malam ni I mengalah untuk lihat you senyum.

“Tahniah buat pasukan Perak. Dan Terengganu Fc kite cuba lagi tahun hadapan. InsyaALLAH ,” tulisnya.

Rata-rata peminat menyifatkan status yang turut memaparkan gambar Zizan dan Mira itu sebagai pikat line dan ia menjadi serta sweet.

Malah tidak kurang juga yang meminta agar Zizan segera meminang Mira.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here