Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘I buat kecik-kecik je…’ – Nursajat kongsi gambar nikah, betul ke ni?

SABTU lepas, usahawan popular yang juga seorang penyanyi, Nursajat telah memuat naik beberapa video sedang memcuba pakaian pengantin di Instagram miliknya dengan kapsyen menyuruh followers untuk mendoakan kebahagiaannya.

Ia diikuti dengan muat naik gambar hantaran kahwin di IG Story pada malam itu berserta kapsyen seolah-olah gambaran bahawa dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan individu tidak dikenali.

“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz,” tulis Nursajat.

Beberapa hari selepas itu, Nursajat memuat naik pula gambarnya yang berpakaian pengantin dengan kapsyen ‘Hari Bahagia’.

 

View this post on Instagram

 

hari bahagia ❤️👸🏼

A post shared by NURSAJAT (@nursajadiah) on

Tindakan Nursajat itu menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen termasuklah followers Instagramnya.

Ada yang tumpang gembira dengan perkhabaran itu, malah ada juga yang tidak percaya.

Tidak cukup dengan itu, Nursajat turut membuat live di IG-nya bagi membincangkan isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Menurut Sajat, perkahwinannya itu dilangsungkan secara sederhana sahaja dan dia sendiri akan berkongsi video perkahwinannya apabila tiba masanya nanti.

Sejauh mana kebenarannya mengenai perkahwinan Nursajat masih belum dapat dipantikan sehingga kini. Sama-sama kita tunggu apa pula pengumuman Nursajat selepas ini.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén