Portal berita terbaik anda

Utama

Hutang negara masih pada peringkat RM1 trilion – Guan Eng

Hutang negara masih pada peringkat RM1 trilion ringgit pada akhir tahun 2018, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Katanya, kerajaan telah berjaya mengurangkan hutang negara daripada angka sebelumnya sebanyak RM1.087 trilion.

“Kami telah berjaya mengurangkan… tapi ia masih di peringkat trilion ringgit,” kata Lim pada sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai kontrak untuk projek LRT3 di Ibu Pejabat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Menara UOA, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata peringkat hutang RM1 trilion itu termasuk liabiliti yang perlu dibayar oleh negara sebagai penjamin.

Lim merujuk hutang 1MDB sebagai contoh pinjaman utama, yang mana ia perlu dibayar oleh kerajaan sebagai penjamin kepada 1MDB.

“Jika kita lihat di bawah definisi rasmi Tabung Kewangan Antarabangsa, jika kerajaan sebagai peminjam langsung, kita terpaksa membayar kerana kita adalah penjamin.

“Ini kerana peminjam utama tidak dapat membayar, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan contoh terbaik,” katanya.

Tahun lalu, kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan bahawa hutang negara melepasi paras RM1 trilion berbanding dengan RM300 bilion sebelumnya.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman itu kurang dari dua minggu selepas PH sekali gus mengejutkan rakyat kerana jumlah itu jauh lebih tinggi daripada angka rasmi yang disediakan oleh pentadbiran BN sebelumnya.

Kementerian Kewangan sebelum ini berkata kerajaan mencatatkan hutang sebanyak RM687.43 bilion pada September 2017.

Loading...

Leave a Reply