Portal berita terbaik anda

Utama

Hukuman gantung sampai mati bakal dimansuhkan

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat memansuhkan hukuman gantung sampai mati dan menggantikannya dengan hukuman penjara seumur hidup.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kertas kerja mengenainya kini dalam fasa akhir malah Jabatan Peguam Negara telah memaklumkan pemansuhan itu bakal dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat bermula 15 Oktober ini.

Walau bagaimanapun, katanya, pemansuhan hukuman gantung sampai mati perlu dikaji dengan lebih mendalam bagi meneliti kesan kepada hukuman jenayah di negara ini.

“Contohnya, apabila hukuman ini dimansuhkan, apa akan jadi kepada mereka yang sudah dikenakan hukuman tersebut? Sudah tentu hukuman tersebut tidak boleh diteruskan dan mungkin perlu ditukarkan kepada hukuman penjara seumur hidup. Ini bergantung kepada jenayah yang dilakukan.

“Satu lagi isu yang perlu dilihat adalah bagaimana dengan mereka yang melakukan jenayah kejam, apa kesannya kepada keluarga mangsa? Sama juga dengan jenayah dadah, sebab itu kita kena lihat isu ini secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi Perbincangan Pembaharuan Undang-undang di Universiti Malaya di sini, hari ini.-UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply