Hukum langgar larangan rentas negeri buat netizen luah rasa emosi

Kecoh di media sosial sejak petang tadi apabila Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah menyatakan hukum melanggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya adalah haram.

Menerusi laporan BH Online, beliau menyatakan asas larangan tersebut perlu dilihat berdasarkan hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.

“Jika kamu mendengar taun (wabak penyakit) di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Meninjau ke ruangan komen pada posting BH Online di laman Facebook, warganet berkongsi pendapat masing-masing dimana kebanyakan seolah-olah tidak berpuas hati dengan situasi berlaku pada masa kini.

Dari isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menjadi punca peningkatan kes Covid-19 sehingga mendakwa terdapat perbezaan layanan antara golongan ‘kayangan’ dan marhaen, diluahkan dengan penuh emosi.

Namun, paling menjadi keutamaan mereka adalah kerinduan terhadap ahli keluarga dan sanak saudara di kampung halaman setelah berbulan-bulan dilarang untuk pulang ke kampung halaman.

Biar semua tak boleh rentas! Baru adil

Untuk hari raya je, perayaan lain boleh pulak?

Aku lebih hormat kata-kata ibu berbanding pemimpin…

Sambut raya tak boleh, melancong boleh?

Pening kepala!

“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.

“Sekarang angka jangkitan semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan rentas negeri bila rantaian jangkitan ini akan berhenti?,” kata Dr Luqman.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *