Honda CRV terbabas rempuh kedai makan

93

KEMAMAN – Seorang kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman nyaris maut apabila kenderaan jenis Honda CRV yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah kedai makan di persimpangan lampu isyarat Batu 2 Jalan Cukai – Air Putih, di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 5.30 petang ketika mangsa, Asian Hussein, 48, dalam perjalanan pulang dari PPD menuju ke Kampung Pengkalan Pandan dekat sini.

Difahamkan ketika sampai di tempat kejadian, mangsa membelok ke kanan jalan dan tertekan pedal minyak menyebabkannya terbabas dan bergesel dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita dari arah bertentangan sebelum merempuh kedai makan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Kedua-dua mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here