Hoki: THT mara ke final Piala Tan Sri P Alagendra

49

KELAB Hoki Terengganu (THT) berjaya melangkah ke peringkat akhir Piala Tan Sri P Alagendra 2019 selepas membenam cabaran Maybank 4-1 pada aksi separuh akhir bertempat di Padang 1, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

THT membuka tirai jaringan seawal minit keempat apabila kelebihan pukulan sudut penalti disudahkan dengan cemerlang oleh Jang Jonghyun dan berselang empat minit kemudian THT yang sekali lagi memiliki kelebihan pukulan sudut penalti kali ini melebarkan sayap kedudukan menerusi penyudahan Muhammad Firdaus Omar.

Minit ke-19 giliran Pablo Javier Travisan untuk merubah kedudukan menjadi 3-0 apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti seterusnya yang dimiliki mereka dan Maybank dilihat cuba untuk mengecilkan jurang apabila Mohd Riduan Mohamad Nasir menjaringkan gol padang pada minit ke-23 untuk kedudukan berubah 1-3.

Bagaimanapun THT terus menambah satu lagi jaringan kali ini menerusi gerakan padang Nabil Fiqri Mohd Noor pada minit ke-53 yang mana jaringan tersebut sekaligus menutup pertemuan tersebut dengan kemenangan 4-1 berpihak kepada THT.

Dalam pada itu, lawan THT di final adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengatasi UniKL 3-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir. Aksi final akan berlangsung pada Ahad di venue sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here